P-Life News

Mengapa Air Beralkali Penting Untuk Kita?



Masaalah-Kini1-300x218

 

  

Adakah anda mengalami sakit kepala, sakit badan, masalah penghadaman dan sembelit ...


“Saya baru sahaja membeli sekotak  Panadol,” kata Pengurus Tadbir  kami.

 

“Bagus, saya pasti perlukanya sekarang,” jawab salah seorang dari kakitangan pejabat.

 

Huh ... ini adalah salah satu dari kejadian yang biasa berlaku didalam sesebuah pejabat.

 

Kita mengambil ubat tahan sakit setiap hari  untuk mengurangkan sakit disebabkan oleh tekanan kerja atau kerana gaya kehidupan yang tidak sihat.



Ketidak seimbangan Asid-Alkalin pH didalam tubuh kita


Mengikut pendapat Dr. Michelle Schoffro Cook, pengarang buku  "The Ultimate pH Solution: Balance Your Body Chemistry to Prevent Disease and Lose Weight", kita perlu mengimbangkan keadaan tubuh kita sedikit kepada keadaan alkali, jika kita ingin sentiasa sihat.

 

Maka dengan ini, kita harus mengambil diet seimbang  yang terdiri dari 80 % makanan beralkali dan 20% makanan berasid. Walaubagaimana pun, pada waktu kini cara diet moden kita telah berbeza, dimana kita selalu mengambil 20% alkali dan 80% asid.

 

Mengambil diet yang tidak seimbang seperti daging, hasil tenusu, kopi dan makanan segera, serta  minum arak dan merokok akan menambahkan lagi ketidak seimbangan pH dalam tubuh kita. Ketidak seimbangan pH bertambah lagi dengan tekanan ditempat kerja.

 

Jika di biarkan untuk jangka panjang, ketidak seimbangan pH akan menghasilkan toksin berasid didalam tubuh kita. Ini akan mengakibatkan gangguan kepada kesihatan seperti keletihan, kegemukan, kurang pencernaan serta kesakitan terhadap badan kita .



Bagaimanakah caranya untuk mengembalikan keseimbangan pH?


Proses untuk penstabilan Asid-Alkalin adalah dengan cara mengamalkan diet serta nutrition yang seimbang untuk tubuh kita. Untuk mendapatkan diet sebegini kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti: sayur-sayuran dan buah-buahan yang rendah kalori serta banyak minum air beralkali.

 

Jika kita meminum 3 litre air beralkali  yang terdiri PH of 9 dan 10 setiap hari, anda boleh

 

  • Menstabilkan asid didalam darah,
  • Menaikan tahap tenaga,
  • meningkatkan penghidratan intraselular
  • Menambahkan  mineral
  • Mendetox badan dan melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kerosakan gigi serta mencegah kehilangan tulang.
  • Mencegah penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan tulang dan kemerosotan secular seperti arthritis, dan segala jenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.